kalam pembuka bicara

Thursday, May 23, 2013

Ya Allah permudahkanlah urusanku untuk kesana..



*perkara pertama dah kawin nanti..terus daftar haji dulu...AllahuAllah..permudahkanlah daku diatas kewajipanku..nk pergi dengan future zaujah if ade rezeki...teringat pesanan maklangku.."zam..maklang dah doa n sebut name zam dpn kaabah..cpt2 pergi mase kudrat masih ade ni.."..thanks maklang,..insyAllah..

Tuesday, May 14, 2013

Dia kawan aku,macam mana nak tegur dia..?

Assalamualaikum.Alhamdulillah..pada kali ni admin nk share satu artikel dari seorang blogger,kisahnya sama sebenarnya apa yang ana cuba smpkan..cuma dalam penulisan ini,hamba yang fakir ini masih lemah dalam penyusunan ayat dan isinya..so kita kongsi-kongsi la ye.hehe
________________________________________________________________________________





Ada anonymous tanya soalan itu. Izinkan 'bro' ini menjawab sekadar termampu. Terlebih dahulu, saya perasan bahawa ada dua komponen utama di dalam soalan ini.

Pertama ialah 'dia kawan aku'
Kedua, 'dia terjebak dalam zina'.

Bagi saya, dakwah yang paling sukar ialah dakwah kepada orang yang kita kenal (kawan-kawan dan keluarga). Golongan yang kita kenal ini perlu kepada pendekatan yang lebih halus, teliti, cermat dan kretif.

Dakwah itu Seni
Dalam banyak-banyak cabang seni, seni dakwah ialah yang paling rumit untuk dikuasai.

Ini kisah saya.
Saya juga sama seperti orang yang bertanya. Saya juga punyai sahabat yang 'nakal'. Bukan semua sahabat saya baik-baik, kerana saya bukanlah manusia yang memilih sahabat. Saya suka bergaul dengan semua golongan manusia, dari kanak-kanak hinggalah kepada golongan dewasa dan berusia. Antara mereka, ada yang tidak bersolat, tidak menutup aurat, tidak itu, dan tidak ini. Tapi pada pandangan mata saya, mereka sama saja. Saya bukan orang yangg layak untuk memberi kemuliaan atau kehinaan kepada mereka.

Sedikit perkongsian
Ramai yang keliru dan tertanya-tanya tentang pendekatan yang terbaik dalam menegur rakan. Saya ada beberapa cara yang praktikal dan saya amalkan. Saya fikir wajar jika saya kongsikan dengan kalian.

Semua orang setuju, bahawa dakwah itu wajib kepada setiap individu mengikut keupayaan masing-masing. Tiada kompromi. Tapi, tak semua orang tahu bahawa hikmah itu juga satu kewajipan, dan inilah punca mengapa dakwah kita tidak berkesan- iaitu kerana kita tidak berhikmah.

Dalam menegur, saya suka meletakkan diri saya sebagai sahabat, dan bukannya warden penjara yang akan sentiasa marah-marah. Ya, tidak dinafikan, kadang-kala saya kelihatan menegur dengan emosi, tapi itu setelah saya considerbeberapa perkara.

Pernah saya ditegur- saya kelihatan beremosi dalam menulis. Tidak. Saya menulis kerana sayang, bukan kerana marah. Saya cuma sedikit bertegas, dan saya tujukan ketegasan saya kepada umum, bukan kepada individu khusus.

Baiklah, sebelum banyak terbabas dari topik asal, saya mahu berkongsi dengan kalian tentang pendekatan dakwah kepada sahabat kita.

Moga bermanfaat.

Serba salah dan tersepit.
Seorang dai' pasti akan mengalami situasi ini- ditelan mati mak, diluah mati bapak. Antara 'menegur' dengan 'mengelakkan ukhuwah dari tercalar', mana yang harus dilakukan. Buntu. Kita tahu, bahawa sahabat kita salah, tapi kita juga tahu, jika kita tegur, maka dia akan menjauhi kita. Akibatnya, peluang untuk dakwah dengan lebih sistematik kepadanya pun akan tertutup.

Jika anda berada di situasi ini, apa tindakan anda?

Dakwah ialah satu bentuk jihad, dan ia memerlukan kepada strategi, perancangan dan saf-saf yang teratur dan kemas seperti yang dinyatakan dalam surah As-saff.

Maka, kita harus menilai tahap kesalahan sahabat kita itu. Adakah dia melibatkan kepada persoalan akidah, atau ia masalah maksiat yang berterusan, atau adakah ia hanya masalah berkenaan akhlak yang kurang enak?

Jika ia berkenaan dengan soal akidah, maka wajib kita bersegera menegur sahabat kita. Tapi sekiranya kesalahan ia adalah dalam bentuk maksiat, maka kita boleh tangguh dan tunggu masa yang sesuai. Tetapi jika ia berkenaan dengan akhlak, maka kita boleh menggunakan pendekatan 'tunggu untuk tunjuk'.

Baiklah, saya akan cuba hurai satu-persatu.

Dalam soal akidah.
Jika sahabat kita ada kecenderungan untuk syirik (cth: di kristian kan), maka kita tidak boleh tunggu lagi, wajib kita bersegera menegur. Mungkin kerana tindakan segera ini, kita akan dibenci atau akan menjejaskan persahabatan, tapi ia berbaloi. Lebih baik kita dibenci olehnya, daripada kita melihat akidahnya terancam.

Dalam soal maksiat.
Pilih masa yang sesuai dan situasi yang sesuai iaitu face-to-face, kemudian mulalah bercakap. Seboleh-bolehnya, kita guna 'pendekatan ajak, bukan mempersoal'. Contoh: seorang yang tidak bersolat. Sebaiknya, kita ajak mereka untuk solat bersama dengan kita, bukan mempersoalkan, kenapa tidak bersolat. Bukannya mempersoalkan itu tidak boleh. Boleh jika kita berniat untuk membantu (cth; mengajar jika dia tak tahu atau menyediakan pakain bersih , jika dia tidak berpakain bersih), tapi pada pengalaman saya, jika kita mempersoalkan, kita akan menutup peluang kita untuk berdakwah pada kali yang lain- iaitu kita akan dijauhi olehnya. Jika sudah jauh, peluang pun semakin tipis. Bagaimana nak berdakwah?

Dalam soal akhlak.
Yang ini bolehlah jika taknak tegur dengan mulut, tapi tegur dengan 'hati' dan menunjukkan akhlak yang baik. Ramai orang sengaja nak ambil short-cut daripada hadis dari Abu Said al-Kudri riwayat Imam Muslim berkenaan dakwah ini. Maksud hadis itu- Jika kita tengok maksiat, kita wajib tegur dengan kuasa. Jika tak mampu, tegur dengan mulut, jika tak mampu, tegur dengan hati dan itu ialah selemah-lemah iman.

Ramai orang, apabila melihat sahabat dia bermaksiat, dia terus nak ubah denganhati iaitu dengan cara meluat dan membenci, sedangkan tak benar cara tu. Dia sendiri belum menegur dengan kuasa dan nasihat, tapi terus nak benci dengan hati. Tak bolehlah begitu...

Kita ada kuasa, iaitu kuasa persahabatan. Dengan kuasa sebagai sahabat, kita berpeluang menegur. Maka, inilah peluang dakwah kita.

Kita akan dibenci? dipandang hina? dimarah? dicaci-maki? dan terasing?

Jika keadaan ini berlaku, maka kita harus melihat ke belakang sekilas. Mungkinkah cacian ini datang kerana dakwah kita tidak berhikmah?

Saya, jika menegur sahabat saya, saya akan menilai tahap kesalahan itu.

Bagi sahabat-sahabat saya yang tidak bersolat, saya tegur mereka secara berseorangan. Tapi melalui cara yang sedikit berbeza. Saya hantar mesej difacebook. Mudah kan?

Sebabnya adalah kerana kesukaran untuk mendapat situasi face to face dan jika ia berbentuk tulisan, 'orang yang betuah' menerima mesej itu boleh membaca berkali-kali. Berbeza jika kita bisik di telinganya (nasihat), mungkin selepas sehari atau dua pesan ini akan hilang.

Tapi jika dalam soal akhlak, saya suka tegur secara terus tapi dengan cara melawak, menggosok-gosok  belakang dia, memicit bahu dia dan memegang tangan dia. Bukan apa, saya hanya mahu supaya mereka rasa dekat dan tidak janggal dan terasing. Apabila berkata-kata juga, janganlah beremosi. Kerana itu, daei' harus pandai melawak dan pandai tersenyum. Daei bukan polis dan bukan warden penjara yang perlu sentiasa serius!

Tidak mudah. Selamanya dakwah tidak akan menjadi sesuatu yang mudah.

Kita sendiri harus berusaha 'memudahkan' ia. Saya suka mengambil contoh dakwah Rasulallah. Bagaimana orang arab jahiliyyah yang no doubt, sangat kasar dan bengis boleh jatuh hati dengan dakwah Baginda?

Ini adalah kerana eratnya ukhuwah yang Rasulallah bina. Kita guna pendekatan itu- ukhuwah. Lalu, bagaimana mahu mengeratkan ukhuwah supaya kita boleh berdakwah, dan dakwah itu akan terkesan kepada mereka?

Sifat-sifat kemanusiaan. Itulah jawapannya.

Kerana itulah, Rasulallah menganjurkan kita untuk selalu senyum, mengucap salam, bermanis muka, bertukar-tukar hadiah, saling bantu-membantu, bertanya khabar dan lain-lain.

Dengan ini, kita berupaya membina hubungan yang baik dengan kawan-kawan kita. Dengan itu juga, jika kita memberi nasihat, mudah untuk mereka ikut. kan?

Saya sendiri bukan sahabat yang baik. Tapi saya masih mampu sentiasa berpesan kepada tiga perkara utama ini. Berulang-ulang kali, tapi syukur, sahabat-sahabat saya tiada yang menolak. Semuanya angguk dan senyum (dalam hati mungkin juga meluat) hehe :)

(1)- Sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat.
(2)- Kalau nak buat jahat, jangan dibangga-bangga dan jangan ajak orang lainjoin.
(3)- Kalau terlanjur buat benda jahat, jangan lupa iringi dengan buat benda yang baik-baik.

Seni dakwah ini akan selamanya menjadi satu kesenian yang terindah. Memilikinya adalah lebih baik daripada memiliki ribuan ekor unta merah. Kerana itu, hati-hati sebelum 'membuka mulut' kerana jika silap perkiraan dan cara, sasaran dakwah kita akan lari.

Jangan musnahkan peluang yang ada dengan sikap terburu-buru kita.

Oh, maaf sangat-sangat kerana saya belum menjawab soalan tentang 'dia terjebak dengan zina'. Biar itu jadi tajuk artikel yang akan datang. Cukup kiranya artikel ini menjawab soalan 'dia kawan aku'.

Akhir kata, apa yang baik, silalah amal dan sampai-sampaikan. Mana yang buruk, silalah tinggal dan lupa-lupakan. Maaf jika ada kekurangan dalam artikel ini.