kalam pembuka bicara

Wednesday, February 13, 2013

2013-Lets Move it !!!

Assalamualaikum wbt,

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW ,
Yang Di Kasihi seluruh Ahlul Bait Baginda,Para Sahabat serta Alim Ulama yang di muliakan.

   Alhamdulillah,di kesempatan ini dapat jua untuk menulis serta mengisi segala kekosongan yang di tinggalkan di dalam alam maya ini.Dengan perjalanan masa itu semakin suntuk untuk di tangisi,segala apa jua yang berlaku berlalu begitu cepat sekali tanpa menghiraukan sedikit belas dan ihsan untuk diperbaiki.Dalam tak sedar tahun ini adalah tahun terakhir diriku berada di medan perjuangan dalam menuntut ilmu di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.Setelah selama hampir 3 tahun sejak dari permulaan pendaftaran sehingga ke hari ini,pelbagai dugaan dan cabaran datang silih berganti.Segala pahit manis itu di lalui dengan hati yang terbuka.Di medan ilmu inilah diriku dipertemukan dengan insan-insan yang hebat iaitu pensyarah-pensyarah yang amat aku kasihi.Dipertemukan juga dengan sahabat-sahabat yang begitu baik sekali.Medan tarbiyah ini memahatkan 1001 kenangan di dalam memori ini.SubhanAllah,sesungguhnya setiap kejadian Allah itu tiada yang sia-sia.

   Tujuan entri pada kali ini ditulis adalah untuk memberitahu bahawa,pada tahun dan detik 2013 ini membawa diriku kepada keadaan masa yang kritikal dan mencabar. Ini adalah kerana pada tahun ini juga membawa pada keadaan yang amat sibuk. Antaranya adalah ,


  • Kertas Projek( Tesis )
- Perkara ini yang menghantui diriku,hehe,disebabkan ia memerlukan aku untuk membuat sedikit penyelidikan lapangan,mengumpul bahan serta menyusun dan membuat ayat bagi tesis pada kali ini ( fenin2 ).

  • Kerjaya
- Pening juga untuk memikirkan kerjaya apa yang sesuai dan boleh aku pikul untuk sesuatu amanah. Banyak juga cadangan dan pandangan daripada sahabat-sahabat,tapi untuk menentukan amatlah sukar kerana ia melibatkan masa depan ku jua.

  • Baitul Muslim
- Alhamdulillah,InsyaAllah,pada tahun ini aku akan mula untuk menuju kearah ini,segala persediaan yang seharusnya aku sediakan telah pun aku selidiki dan kaji dengan bertanya pada sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang telah berkahwin tentang proses untuk mendirikan baitul muslim. Konklusinya,hendak atau tidak aku perlu menyediakan sekurang-kurangnya 20k atau lebih (belum campur duit untuk rumah/kereta/dan pelbagai perkara sampingan yang perlu) untuk persediaanya. AllahuAkbar...mencabar juga buat ku,tapi aku yakin dengan janji Allah itu pasti,usaha untuk mencari dan mendapatkannya perlu seiring dengan doa dan tawakal. Dengan Siapa ? Bila ?.. itu rahsia Allah..yang penting ilmu perlu didalami untuk proses ini sebab ia bukanlah suatu perkara yang dibuat main-main. InsyaAllah,jika tiada aral melintang,paling awal tahun hadapan,kalau awal sket pun mungkin hujung tahun ini,tapi ia bergantung pada usaha ku juga.( tentukan tarikh sahaja, dengan siapa tak tahu lagi )..sengaja diri ini berkata demikian,ini kerana aku ingin mencabar diri sendiri dan membantu aku untuk berusaha dengan lebih gigih agar tidak mensia-siakan masa yang ada..faktor lain juga membuat diri ini berasa semangat dengan teman-teman yang kebanyakkan juga telah menamatkan zaman bujang mereka. Apa pun ia adalah sekadar peracangan 'kasar' sahaja,bukanlah muktamad,Manusia merancang, Allah jua merancang, tapi sebaik-baik perancangan itu dari Allah swt. 


sekian sahaja corentan ringkas dari diri ini yang fakir lagi hina yang hanya seorang hamba Allah swt..


       

0 comments:

Post a Comment