kalam pembuka bicara

Sunday, January 13, 2013

Kunjungan Indah

Assalamualaikum wbt,

  Selawat dan Salam buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW yang telah meletakkan Islam itu di landasan kebenaran,hanya penyambung tradisi perlu mengekalkan rentak sunnah ini agar ia terpelihara dan mudah di ikuti segenap manusia,

  Alhamdulillah pada sebelum ini,saya berkesempatan untuk menghadiri satu majlis yang serba indah dan barakah dengan kehadiran dua orang yang teramat istimewa dan di antara salah silah yang hampir kepada susur galur keturunan Rasulullah SAW iaitu Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Kazim Ja'afar Al Saqqaf.Kehadiran mereka ini adalah sempena satu program yang direncanakan oleh beberapa org individu dan persatuan NGO.Program yang dimaksudkan adalah sempena majlis Kuantan Berselawat dan secara rasminya Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dimana tempat saya menimba ilmu menjadi tuan rumah yang pertama dan lebih indah dengan ia menjadi tempat perasmian bagi acara besar itu.

  SubhanAllah,begitu indah dan terpesona melihat kepetahan Habib Kazim Ja'afar Al Saqqaf dalam menyampaikan tausiah kepada jemaah-jemaah yang hadir dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin.Setiap kata-kata yang keluar dari mulut beliau amat terkesan ke dalam jiwa pada mereka yang turut sama mendengarnya.Terus terang,walaupun bukanlah sepenuhnya diri ini memahami bahasa yang di sampaikan,tetapi kepetahan,kelancaran,Bait-bait perkataan yang di lafazkan membuat diri ini secara tidak langsung faham apa yang cuba disampaikan oleh Habib kazim Ja'afar Al Saqqaf,AllahuAkbar.


  InsyaAllah,jika diberi kesempatan dalam ruang dan waktu,akan diri ini cuba me'ringan'kan diri ini untuk hadir ke majlis-majlis seperti ini dalam 
demensi masa dan waktu yang begitu sempit.Bukan apa,setiap kali diriku hadir ke majlis-majlis ini,SubhanAllah,Hanya Allah yang tahu betapa damainya jiwa ini,begitu tenang sekali hati ini yang sebelum itu serabut dalam mehnah dunia yang tiada henti.




0 comments:

Post a Comment