kalam pembuka bicara

Monday, March 26, 2012

Kasihnya seorang insan yg bernama IBU

Assalamualaikum wbt,

Selawat dan salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhamamd SAW,Ahlul Bait,Sahabat dan para ulama.

Alhamdulillah,setelah sekian lama blog ini bersawang dan tidak berupdate kerana tiada daya upaya diri ini mencetus idea-idea terbaru untuk disajikan buat viewers sekalian,apa yang hendak dikongsi kan pada anda sekalian adalah kisah seorang ibu yang amat sayangkan anaknya.

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar..hampir menitiskan airmata ini bilamana melihat seorang insan yang telus dan suci sentiasa mengambil berat tentang anak-anaknya itu...Diri ini tidak dapat mengambarkan perasaan terharu dan sedih melihat situasinya,tapi saya akan menzahirkan melalui dialog yang dapat saya dengar.

(Situasi berlaku di kedai makan):

Si Ibu : Nak,beg dan pakaian yang beli tadi jage elok-elok ye,

Si Anak : (senyap je smbl mengangguk+makan)

Si Ibu : Semua tadi dah cukup kan?lepas ni tak payah la keluar lagi nak pergi cari barang ni ye,semua dah ade(sambil si ibu tadi melihat wajah anaknya)

Si Anak : (Diam dan makan tanpa menoleh wajah ibu tadi)

nota 1 : ntah la,sebaik sahaja mendengar kata-kata si ibu ini dan melihat reaksi wajah anaknya yang buat tak tahu itu..dengan pantasnya hati ini berasa sebak dan sedih melihat keadaan itu..mungkin normal pada orang lain,TAPI tidak pada saya.

nota 2 : waktu ini saya hendak keluar dari restoran itu setelah selesai makan,tapi bila terdengar diolog mereka ini,lantas saya terus menoleh dan melihat berulang kembali.

nota 3 : kalau diikutkan hati,mahu sahaja diri ini hendak menegur kelakuan si anak tadi,iya lah,si ibu bersungguh-sungguh menanyakan pada si anak,tapi..????isk2...moga si anak tadi dibukakn hatinya agar menghargai pengorbanan si ibu tadi.

Moral Value : SAYANGILAH KEDUA-DUA ORANG TUA KITA YANG MASIH ADA,JANGANLAH SAMPAI DISAAT HELAAN NAFAS TERAKHIR MEREKA MELIHAT DIRI MU DALAM KEADAAN SEDIH..

0 comments:

Post a Comment