kalam pembuka bicara

Thursday, March 31, 2011

Nikah Khitbah Satu Alternatif


Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan 1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini ,Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib. 2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan . 3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik . 4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala Firman Allah swt yang bermaksud : dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32
5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya. 7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks ,maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram . 8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah . 9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara . 10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.] 11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara . 12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor. Perbahasan Hukum 13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui. 14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan : a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya . b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya . 15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya . 16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti

Tuesday, March 29, 2011

Puisi Buat Bakal Zaujah ku


ya ukhti
aku tidak menjanjikan istana emas buatmu
aku tidak menjanjikan salutan permata di tubuhmu
lantaran aku tidak memiliki harta
lagipun aku tidak bercita-citakan itu semua

ya ukhti
akan kita usahakan
mahligai kebahagiaan hakiki
meski masyarakat menafikannya
bahagia dalam berubudiyah kepadaNya
akan kita usahakan salutan iman dan taqwa
di hati-hati kita
kerana ia lebih mahal
dari emas dan permata

moga Allah memberkati
cita-cita dan usaha murni kita


blog : laman puisi RS http://lamanpuisi-rs.blogspot.com

Monday, March 28, 2011

Lambaian Baitullah


~Jauh di sudut hati ini,tipulah jikalau saya mengatakan bahawa tidak berasa cemburu melihat orang-orang yang dapat dan mempunyai kesempatan menunaikan ibadah di kota suci mekah samada umrah ataupun haji.Bila melihat gambar-gambar mereka di sana,terdetik di hati ini , 'bilakah aku berkesempatan untuk kesana?'.Terus terang,di dalam hati ini seakan memberontak ingin juga mahu kesana,tapi apalah mampu bagiku untuk kesitu kalau mengikut faktor kemampuan dari segi masa dan wang.

~Ya Allah,bumi yang barakah dan suci ini memang mengamit seribu satu perasaan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.Setiap hari aku berdoa agar jika mempunyai waktu dan masa serta kemampuan dari segi kewangan,akan cuba untuk kesana.Baru-baru ini keluarga saudara ku berkesempatan kesana bagi menunaikan umrah,alhamdulillah,seronok rasanya bilamana melihat gambar-gambar mereka sepanjang berada disana.Sedar tak sedar,airmata ini mudahnya tumpah mengalir tanpa dipaksa.Allahuakbar

~InsyaAllah,aku akan sentiasa berdoa dan berdoa agar diberi peluang kesana sebelum saat nafas terakhir aku berakhir di dunia ini..


Sunday, March 27, 2011

Pelita Hidup


Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan dimalam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan disana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal danbakti

Di sana insan cemasdan bimbang
Tak dapat lagi buatalasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz

Thursday, March 24, 2011

Renungan..


alhamdulillah....sedar tak sedar sem 2 ni dah hampir ke penghujungnya..segala pahit manis sepanjang berada di sem ni akan dijadikan iktibar dan kenangan yg indah tersemat di hati..
erm...subjek yg paling menarik pada sem ini adalah....Institusi Kekeluargaan Islam dan pensyarahnya adalah Ustaz Nazri Bin Mat Zin....huhu..best2,...teringat pulak cerite yg ustaz smpkan semasa kuliahnya mengenai perkahwinan ini...dan ia masing tergiang2 sampai la ke hari ini....

al kisah..

suatu hari ustaz pergi ke surau seperti biase...dan selepas solat,semasa menuju pulang ke rumah..seorang menegur ustaz dan bertanyakan khabar...bermula topik perbualan antara ustaz dan sahabatnya itu...dan sahabatnya itu berkata pada ustaz..."erm...orang muda2 ni yang pergi mesir ni asal pergi mesir je nak kahwin..pergi sane je mesti nak kahwin...pergi je belajar kat timur tengah,balik2 je dah kahwin....dah gatal sangat ke diorng tu..???.."..huhu,agak pedih gak telinga ustaz tu kerana ustaz nazri juga berkahwin semasa pada usia yg muda dan jodohnya adalah pelajar yg belajar disana...mudah je jawapan ustaz..."memangla..orang2 yg pergi belajar kat sane nk kahwin pasal mereka itu belajar agama...belajar hukum hakam...faham mengenai ikhtilat..sebab tu mereka nk kahwin..nak jage diri dari makisat..jage hati ,cuba tengok pergi belajar dekat london ke,ireland ke or mane2 negara barat...jarang yg nak berkahwin..sebab mereka tak belajar agama..belajar subjek2 yg tidak berkaitan dengan agama.."...fuhhh...terdiam je org tu..tak terkate ape2...(lebih kurang ceritanya begini..kisah benar)

kesimpulannya..orang yg belajar agama,memahaminya dan mengamalkan dalam kehidupan seharian..mereka mahu menjaga hati agar tidak dikotori dengan dosa2 dan segala yg boleh merosak hati..ini kerana HATI adalah TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH..Allahuakbar3x....pengalaman ku sendiri bila bertanyakan pada org yg belajar lebih kepada akademik yg tidak berkaitan dengan agama...'bila nak kahwin?,dah ade jodoh dah ke..??'
ini jawapan yg popular ku terima 'eh..taknak la fikir bende ni dulu..tak smp masenye lg...'
huhu,persoalannya smp BILA..??...jujurlah pada tuhan..pernah tak bila sesorang yg 'handsome,kacak,ayu,jelita or sbgnya lalu didepan anda or anda ternampak mereka..tidak terdetikkah pada hati..''oh,cantiknya...lawanya..wahhh kacaknya...handsome jgk mamat tu,terbaik la minah tu...or sbgnya''...tidakkah kita terfikir bahawa ia sedikit sebanyak membuat hati kita gelap..di sinilah peranan musuh kita iaitu SYAITAN akan cuba merosakkan diri kita...Yg JAHAT adalah MANUSIA itu SENDIRI..Syaitan hanyalah berperanan sebagai PENDORONG manusia...mesti kita pernah mengalaminya...bila melakukan sesuatu kesilapan...ayat yg paling popular...'eh setan ni..kacau aku pulak' 'ni setan punyer keje la ni..kalau tak aku tak jd begini'...haha...sape sebenarnya perosak DIRI..kalau tidak DIRI SENDIRI jg..

pernah tak KITA fikir..sape yg memulakan perkara itu..pernah tak sebelum melakukan sesuatu kita minta PERTOLONGAN dari ALLAH..???...manusia hanya meminta pabila ia terSEPIT,..!!
bila dalam kesusahan.Betul tak..???

dan yang peting disini adalah PENTING adalah,sehebat mana manusia itu gah dengan PhDnya,Master..tapi kalau kehidupanya tidak bersandarkan dgn ISLAM..boleh dikatekan..buangje sijil2 tu...kerana pabila kita mati,yg dibawa adalah segala amal ibadah kita didunia...bukanlah nak kate dunia tu tak penting..ia pun ada peranannya pada kita...''sesungguhnya pabila kamu mengejar DUNIA,belum tentu AKHIRAT kamu kan dapat,TETAPI pabila kamu mengejar AKHIRAT..PASTI dunia akan datang pada KAMU..!''..

sekian....(muhasabah diri)

~segala kesilapan dan buruk dtg dari diri ana sendiri,dan segala yg baik datang dari Allah s.w.t~

Wednesday, March 16, 2011

Ujian Dari Allah Buat Ku....


Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan kesukaran. Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan – kemewahan hidup, kejayaan dan sebagainya. Kesenangan seperti ini walau dilihat bukanlah sesukar ujian kepayahan dan keperitan hidup, namun hakikat ujian ini tidak kurang cabarannya. Seseorang yang diuji dengan kemewahan hidup, memiliki harta yang melimpah ruah dan kekayaan yang berganda tentu sahaja perlu memikirkan bagaimana dan ke mana perlu disalurkan wang dan harta yang dimiliki. Adakah untuk kegunaan sendiri dan keluarga semata-mata atau terfikirkah untuk menginfakkan ke jalan Allah?


Kesukaran dan kepayahan dalam hidup juga sebahagian dari ujian. Walau nyata berbeza sebagaimana ujian berbentuk kesenangan, realitinya ini adalah ujian, yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah. Hatta untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut sekalipun, memerlukan perjuangan, berkorban tenaga dan masa. Itulah perjuangan yang menuntut infiniti pengorbanan.


Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.

Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang menteri, pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa. “Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu.


Apakah dikira segala hutang yang masih belum dilangsai, persengketaan yang belum lagi terlerai, janji yang tak tertunai, cita-cita yang masih tak tercapai, kejayaan yang belum sempat digapai mampu menangguhkan saat dan ketentuan ajal yang datang? Tidak kira sesiapapun, maut tetap datang menjemput. Sama ada ahli keluarga yang tercinta, sahabat handai yang dikasihi, guru-guru yang dihormati, rakan-rakan seuniversiti, dekat mahupun jauh, ataukah diri kita sendiri yang masih terkapai dalam pencarian ini, andai telah ditentukan saatnya, akan pergi jua akhirnya meninggalkan dunia yang fana, bukan untuk seminit dua, bahkan untuk selama-lamanya. Waktu yang tak mungkin dapat diundur, lalu tinggallah segala kegembiraan yang pernah dikecapi, abadilah segala kenangan bersama, detik suka mahupun duka akan berputar kembali memenuhi ruang fikiran teman-teman yang ditinggalkan. Saat ini disedari betapa tinggi dan bernilainya sebuah uhkuwwah dan persahabatan yang terbina. Tika ini jualah mengerti dan menghargai seorang insan yang takkan dapat lagi hidup bersama di dunia. Seterusnya, penyesalan demi penyesalan yang tidak punyai makna apa-apa…


Cukuplah mati sebagai peringatan buat diri seorang mukmin. Padanya tiada yang lebih berharga di dunia, keluarga, pangkat, mahupun harta melainkan keredhaan dariNya, dan pengharapan agar dapat dipertemukan dengan Yang Maha Pencipta, pemilik segala hati manusia. Apabila mati menjadi peringatan, terlerailah segala persengketaan, bersemilah ukhuwwah dan terbinalah persaudaraan, tertunailah segala janji yang dipatri, terlaksanalah tanggungjawab dan amanah Allah, kan terlangsailah jua hutang yang terkumpul. Peringatan buat diri yang sentiasa alpa, leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, agar memperteguhkan iman dan ilmu, memperbanyakkan amal sebagai bekal, menuju ke satu destinasi yang pasti dan abadi. Bangkit dari lena, teruslah bermujahadah, thabatkan diri dalam perjuangan yang suci ini, walau diri lemah dan tidak berdaya, walau diri tidak punya apa-apa, tetapi tenanglah duhai hati seorang mukmin, yakinlah dengan janji Ilahi, kesabaran menghadapi ujian membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan……!


Friday, March 11, 2011

Program Pemantapan akidah dan ziarah ramah mesra bersama masyarakat orang asli


assalamualaikum semua...alhamdulillah..ana baru je blk dr satu program yg di anjurkan oleh MUIP(Majlis Ugama Islam Pahang) di kampung org asli sg enggang,lanchang,Pahang.Program yg dilangsungkan selama 3 hari ini sedikit sebanyak menyutik rasa semangat dan berbangga kerana di dalam program kali ini...Alhamdulillah..seramai 7 orang saudara baru memeluk agama islam...

.: Bergambar bersama-sama barisan tenaga kerja program :.

.: Bersama masyarakat orang asli kaum che wong(golongan ni pemalu sket):.

.: me with akhi lukman :.

.: meredah hutan belantara demi mencapai objektif program..subhanaAllah :.

.: salah seorang bayi anak orang asli..comelll :.

.: saat lafaz syahadah oleh saudara2 baru(setelah selesai..tak sedar air mata mengalir) :.

.: akhi jabir(pengarah program) di temuramah oleh wartawan dari tv al hijrah..program ni dapat liputan dari tv berkenaan..syukran :.

alhamdulillah..program ini berjalan dgn lancar skali..ana sgt sronok sgt dapat involve dlm aktiviti2 mcm ni..dan berharap akan dpt pergi lagi..ade lagi gambar yg di ambil..tp rasenye tak ter upload kerana lebih kurang 1ooo lebih gambar yg ade..hehe..

Thursday, March 10, 2011

cuba........

~sesekali diri ini tidak pernah berubah...mahupun di ubah..tetapku tabah..sabar jalan ku..tawakkal ikhtiar ku..tp daya usaha ku tidak pernah putus..cuba dan cuba untuk itu...Hanya Allah tempat ku berserah..Andai itu suratanNya..Ku pohon dikuatkan iman di hati..cekal dan tabah menempuhi...Hati ini masih memerlukan..~sekian~


p/s: xde keje ni la jadinya.....