kalam pembuka bicara

Sunday, February 27, 2011

Sabar


~Kata-kata yang senantiasa diungkap oleh Ustazah Safiah pada anak2 didiknya...SABAR itu kunci pada kejayaan~...erm..sabar ye hizami..awok tu boleh punyer..

Saturday, February 19, 2011

Kem Smart Solat di SM paloh hinai,pekan pahang

assalamualaikum wbt...

akan menanti bagiku suatu program yg dirancang dan direcanakan oleh pengerusi fasilitator KIPSAS..dan pengarah programnye adalah aku..huhu...insyaAllah kalau semua berjalan dengan lancar..dalam pertengahan bulan tiga ni akan di laksanakan..itu semua bergantung pada gerak kerja oleh ajk2 bg program ini...moga dapat terlaksanalah ye..huhu..dapat jumpe adik2 ku...

Friday, February 18, 2011

Kem motivasi UPSR 2011 di SK Paya Bungor,Maran Pahang

Assalamualaikum wbt,alhamdulillah pada kali ini ana diberi kesempatan untuk mengikuti program seminar untuk pelajar yg akan menduduki UPSR 2011 di sekolah kebangsaan paya bungor,maran pahang..hanya 6 org fesi yg terlibat,3 laki 3 perempuan...di sbbkan bilangan peserta kali ini tidaklah ramai..lagipun kem ini skjp je...hanya berlangsung selama dua hari yakni pada hari jumaat dan sabtu..huhu,so far alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama guru2 sekolah tu..hehe..sempoi..adik2 yg join ni pun best2 belaka...so tiada masalah la nk handle mereka ni..gud2..



Sunday, February 6, 2011

mistik or misteri...

assalamualaikum wbt....to all.(introduction mcm gempak..hehe).

erm...di tgh malam2 bute..ni saje je nk cerite sket pengalaman ku berkaitan isu mistik/seram/misteri or pape je la..

KES 1-lampu jalan

A-ape kene dgn lampu jalan..???..haaa..lampu jalan tu sebenarnya kat tepi jalan..haha..gurau je..takkan atas pokok kot..huhu..xde la...merungkai misteri ini adalah...pengalaman yg sering berlaku sehingga hari ini masih berlaku ke atas ku..lampu jalan tutup dgn tiba2..!!!..jeng3x..erm..ape yg misteri sgt..mayB kebetulan(mesti itu yg anda sume fikirkan..bukan?)..erm..kalau stakat 1 or 2 kali mayB ku anggap ia mmg kebetulan..but everytime ku lalu tempat tu(lokasi dirahsia demi sensitiviti rakyat..hehe)..lampu yg sama,tempat yg sama,n cara yg same lampu tu akan padam...yg hairannye..sepanjang jalan tu penuh ngan lampu jalan...nape 'bende' tu pilih lampu berkenan..but first kejadian berlaku sewaktu aku lepas SPM..time aku keje shift malam..(pengalaman keje..best woo)..dah la tempat tu satu2nya ade lampu jalan...bila aku smp je lokasi tu..tuppp....!!..lampu jalan tu padam..aku dgn langkah gaya serta beraninya(kaki dah menggeletar hati pun berdebar coz tempat tu mmg menyeramkan bg ku)..jalan mcm biase tp sedikit laju..(mane taknye..cuak la)..hehe..n then perkare tu berlaku hampir setiap kali aku lalu tempat tu..btw,bila dah slalu sgt berlaku..alhamdulillah,dgn hati keringnye buat tak tahu je(bukan berlagak,tp atas nasihat org jgk)..

B-erm..ni kes yg same.but lain tempat...mase ni ku dan sahabat2 yg lain keluar untuk mengeteh di suatu tempat...kami berlima menaiki kereta...dan setelah smp lalu mencari parking...pas tu..melangkahnye kami menuju ke restoran yg menjadi pilihan pada ketika itu...dgn tiba2 satu drpd lampu jalan terpadam dgn tiba2...untuk pengetahuan korang...perkare ni akan berlaku bila aku lalu bwh lampu jalan berkenaan...(sama dgn kes A td..)..sahabat2 aku yg lain ade yg buat lawak n gelak2..tp bg aku..ia dah pernah aku lalui sblm ini...

C-haaa..ni best,kes lampu jgk..tak kuar topik lg...kes ni kat kolej aku(lokasi dirahsiakan untuk tujuan keamanan..hehe)...first time aku lalu tempat tu(malam hari )..perkara yg same berlaku...cara yg sama jgk...(maleh nk cerita panjang)lampu yg sama,cara yg sama,waktu yg sama serta tempat yg sama...huhu...n then kali ni aku bertuah kerana aku ade sumber untuk dirujuk..iaitu salah seorang sahabt ku yg arif ttg hal2 ini..kebetulan dia ada sedikit ilmu dek kerana dipelajari di darul ruqyah(promote sket)..n then die beritahu aku tempat tu mmg 'hot spot' bg bende2 ghaib tu..erm..aku tak heran la kerana aku pun rase tu tempat tu ade 'something' yg ku tak leh nk terangkan melalui tulisan..huhu..tp pesan dia agar aku tak lemah semangat dan jangan takut..ia adalah dgn izinNya jg..erm..

KES 2-kelibat lembaga

-ni adalah pengalam pertama bgku,kerana selama ini aku hanya dgr cakap2 org je...dan ia berlaku di depan mata ku sendiri..(alhamdulillah,Allah beri ku kekuatan untuk bedepan dgn lembaga itu)perasaan bercampur baur takut+terkejut+terkesima+pelik n boleh dikatekan mcm2 la..mase tu time latihan drama untuk english week..so kami berlatih di dewan utama ni...n then mase last skali tu...ade salah sorang sahabiah mengatakan tak sedap badan dan meminta kami untuk beransur keluar dr dewan tu (mase tu ku tak suspect pape pun pape)..so aku maleh nk layan perasaan follow je la..lgpn dah lewat sgt kitorng training...mmg ptt pun 'get out' dt tempat tu..dan ku dan sahabat ku (1+1=2 orang) ditugaskan untuk tutup lampu dewan..it's ok..kerja mudah je tu...ok lampu dewan dah tutup(aku tak tahu mende psl yg tutup sahabt ku)..so dlm 5 meter dr dewan..mmg aku tersentak(bzzzz...)katenye satu lg lampu tak tutup(alasannye takut pihak management marah kat kami psl tak tutup sume lampu).

.ok la..kami berdua patah blk...aku buka pintu untuk memberi jalan pada sahabat ku ini untuk masuk kedalam dewan yg dah gelap gulita..hehe(lampu pintu utama je yg tk padam)..n then pas die masuk..br ku masuk...dan tiba2..jeng3x.....oh tidak...Allahhuakbar..mende tu..org ke..??ataupun.....???...ahh..lantak la,...tp mate ku tak kelip2 melihat kelibat suatu di atas dewan di pintu masuk untuk bahagian tempat ddk atas..seakan lembaga..lembaga hasil dalam negeri..??,erm..tidak....yg pasti ku yakin ia adalah 'sesuatu' yg tak pasti 'siapakah'? 'apakah?'...tergamam sekejap jgk la....n ku tersentak pabila ditegur oleh sahabat ku..."nape ko mi,mcm nmpk sesuatu je"..dalam hati ku menjerit "memang aku nmpk la"..erm..but pada mase tu mulut ku terkunci...selepas kami keluar dewan..dalam 5 or 6 meter dari dewan itu..ku bertanya.."ko perasan tak td..??"..erm...sahabat ku menjawab.."aku tahu..dah jom kita blk dl..cite kat bilik.."..ku menjawab "ok"

dan keesokannya ku pergi berjumpa dgn ustaz ku...dan penjelasannya mengatakan bahawa tempat tu mmg rumah bg golongan JIN ni....siap ustaz tu perli kat kami.."yg dok p berteriak kat 'umah' org wat pe..'diorng' nk tido jgk..huhu..aku mampu gelak je la..so far alhamdulillah,..tiada apa yg berlaku terhadap diri ku ini...

Saturday, February 5, 2011

Solat Istikharah


Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.

- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

- Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Yang di bawah boleh anda baca jika mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat Solat Istikharah ini.

###################

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


just forward:ilmu Allah untuk dikongsi bersama

(^__^)

~Tiada perbezaan antara datuk, sultan, mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.~