kalam pembuka bicara

Thursday, December 23, 2010

Suatu Tragedi..!!!

assalamualaikum...

di sini ku ingin menceritkan suatu kejadian yang tidak akan aku lupakan dan ia berlaku di depan mata ku ini..Allahuakbar...

Suatu ketika kami 5 sahabat yang pada pagi itu kelaparan,jam menunjukkan pkl 9.30 am,so kami berlima berpakat untuk bersarapan di gerai yg terletak diluar kolej.Pada pagi tu kelas tiada dan
hajat seorang sahabat kami yg mengidamkan roti canai dan teh tarik yg sudah lama tidak dirasai..yelah..di cafe di dalam kolej hanya makanan rutin biasa kecuali 'ROTI CANAI'...tu yg mengidam..huhu,lagipun makanan di gerai itu boleh dikatakan terbaik...huhu,

Setelah 1 jam kami berada di gerai itu,bermulalah episod untuk kami pulang semula ke kolej kediaman...keadaan pada pagi tu mmg agak mulai sibuk kerana dgn orang ramai yg mulai sibuk keluar untuk mencari rezeki..dalam perjalan kami menaiki kereta untuk pulang..dengan tiba2...'BANGGGGG'...Allahuakbar..teriakku...apa sebenar ku lihat adalah suatu pelanggaran antara sebuah motosikal dan seorang budak lelaki yg dalam lingkungan 9 ke 10 tahun...di ulang!!!..suatu pelanggaran antara MOTOSIKAL dan seorang BUDAK LELAKI dalam lingkungan 9 ke 10 tahun...Ya Allah3x...mataku terpana..lidahku kaku...tak tahu nk kata apa selain Allahuakbar.

Dengan impak yg kuat(ini kerana moto tu agak laju juga) dengan budak lelaki itu yg keluar secara tiba2 dari keretanya dan terus meluru ke seberang jalan untuk menemui ibunya...kami dgn segera memberhentikan kereta lantas meluru terus ke arah mangsa2 itu...cuba untuk menolong apa yg termampu..dan si ibu budak lelaki itu yg terkejut lantas menjerit dan berlari mendapatkan anaknya itu..apa yg menyedihkan aku adalah..sewaktu budak itu diangkat oleh ibunya,,,,tubuh terbujur kaku dan longlai tanpa sebarang sedikit pegerakan darinya...Allahuakbar..tambah menyayat hatiku lg..keadaan kepala budak itu yg terkoyak dan darah memancut keluar...Ya Allah3x...mangsa yg menaiki motosikal itu membawa sahabatnya seorang dibelakang..keadaan kawannya yg duduk dibelakang Alhamdulillah sedikit sahaja dengan luka ringan..yg teruk sedikit adalah yg membawa motosikal tersebut...dengan ape yg ku perhati..bahunya kemungkinan besar terkehel dan dia tidak mampu untuk berjalan kerana kakinya juga cedera...

Si ibu tadi lantas terus membawa anaknya ke hospital kuantan dengan segera...orang ramai yg berada di tempat kejadian termasuk kami tidak sempat untuk membantu si ibu tadi kerana si ibu tadi lebih pantas dan terus memecut laju membawa anaknya..dan kami hanya dapat membantu mangsa yg menaiki motosikal tersebut dengan mengalihkan motor itu dan memapah pemuda tersebut ke tepi...dari apa yg ku lihat..garisan yg terhasil dari pegeseran tersebut amatlah panjang..so boleh di agak berapa jauh ia tercampak...dengan ketiga2 mangsa bergolek diatas jalan tar...salah seorang pelajar di kolej kami yg turut berada disitu menyarankan kami untuk mengikuti si ibu tadi ke hospital...dan dia akan menyusul kemudian...kejadian ini membuatku serba tidak tenteram mengenangkan nasib budak lelaki tersebut....sampainya kami di hospital terus meluru mencari si ibu tadi dan menanyakan kondisi anaknya itu..katanya,anaknya itu kini di masuk kan ke wad kecemasan dan dalam kawalan doktor..ku juga sempat menanyakan salah seorang doktor yg berada disitu tentang keadaan budak itu..apa yg membuat aku terkejut adalah budak itu terpaksa bernafas dengan alat bantuan pernafasan dan ia tidak sedarkan diri..doktor masih cuba untuk menyedarkannya...

DAN berita yg tidak aku ingin ku dengari telah sampai ke telinga ku ini sebentar tadi..budak lelaki itu sekarang sedang KOMA dan peluang untuk hidup adalah 50-50...Ku ingin mengajak sahabat dan sahabiah ku agar kita bersama2 mendoakan agar budak kembali pulih seperti biasa...

p/s : sentiasa terbayang dengan keadaan semasa pelanggarn itu...tak dpt nk lupakan..

1 comments:

MAIZATUL AKMALIAH MOHAMED said...

inalillah...Semoga adik 2 cepat sembuh

Post a Comment