kalam pembuka bicara

Monday, October 18, 2010

Kenangan Indah

.: Bersama Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah :.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...selesai sudah Majlis Konvokesyen KIPSAS kali ke-9 yang berlangsung dengan jayanya..so far sepanjang perjalanan majlis ini berlangsung...ia mengamit 1001 kenangan bersama...tawa dan hiba mengiringi kegembiraan graduan2 yg berjaya mendapatkan segulung Diploma...apa yg di ceritakan disini adlah pengalaman sy terlibat dalam menjayakan pogram ini..sy terlibat dalam membuat persembahan nasyid mewakili pihak kolej untuk mengisi slot di dalam majlis itu..alhamdulillah,selama hampir 1 bulan lebih praktis untuk membuat persiapan agar di saat persembahan itu kami membuat suatu persembahan yg akan dikenang sampai bila-bila..

Dalam majlis ini,kami mengisi 2 slot persembahan selama 2 hari..sabtu dan ahad..pada hari sabtu kami membuat persembahan di depan Tuanku Sultan Ahmad Shah dan satu slot di isi pada hari ahad di depan MB pahang...alhamdulillah,pada hari sabtu tempoh hari,persembahan di depan sultan pahang mendapat respond yg menggalakkan dari Tuanku sendiri..secara jujurnya,Tuanku lebih byk meluangkan masa bersama2 kami dgn berbual dan bertanyakan khabar pada kami..dari segi 'air wajah' Tuanku,terpancar kegembiraan di zahirkan darinya.ini kerana selain persembahan di dalam dewan utama di depan Sultan...kami juga membuat persembahan di depan Sultan sempena Menyambut Ulang Tahun Kelahirannya yg ke 80 di majlis santapan Di Raja...

Alhamdulilah,inilah pengalaman terbesar saya dalam membuat persembahan di depan orang tertinggi di dalam Negeri pahang iaitu Sultan Ahmad Shah..rase gemuruh jgk kerana ini adalah kali pertama saya berhadapan orang yg teramat penting ini dan berdepan sendiri 'face to face'
dgn Beliau serta dapat bersalaman dengannya...

.: Barisan Penasyid Kipsas di ketuai Encik Yusuf :.

.: last recheck key untuk setiap lagu,hafidz yg conduct sume :.

Sunday, October 10, 2010

Untuk Diriku Dan Kawan - Kawanku

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

sumber : copy dari blog orang

Saturday, October 9, 2010

Tempat-tempat ketenangan

Assalamualaikum...

Setiap manusia di atas muka bumi ini lazim mmg tidak terlepas dari segala masalah kan..?..huhu,
termasuklah diri ini yg merasainya..erm..apa yg nk diceritakan di sini bukan lah masalah yg dihadapi..tetapi dimanakah tempat-tempat yg anda akan pergi untuk menenangkan fikiran..setiap orang ada cara dan tempat2 yg mereka rasakan sesuai dan dapat memberikan ketenangan pada mereka..seperti saya sendiri pun mmg ada tempat 'kesukaan' jikalau ingin melepaskan tekanan..huhu..antaranya

HUTAN :

salah satu contoh adalah di dalam hutan..mcm tempat rekreasi ke..yg kondusinya mmg di dalam flora dan fauna..hehe,mmg best..dpt dgr bunyi cengkerik..bunyi burung dan bunyi rimau (?????)..gurau je hehe.setiap kali kalau berjalan di dalam hutan..tak dapat dibayangkan bagaimana rasa ketenangan tu datang pada diri..seolah2 segala apa bebanan di dalam diri ini dilepaskan ..begitulah indah ciptaan Allah yg sebaik penciptaanNya memberi manfaat terhadap makhluk itu sendiri..SubhanaAllah..

SUNGAI :

SubhanaAllah,sungguh indah betul bila dapat sekali sekala meluangkan masa berada di tepi sungai yang airnya mengalir tenang dan damai...ironinya tempat sebegini mmg indah bila di hiasi bunyi2 alam yg saling sahut bersahutan...erm..best...

TEPI LAUT :

ini salah satu tempat yg paling sesuai untuk memberi ketenangan di dalam diri..dengan seluas mata memandang kebiruan lautan...di tambah lagi dng bunyian ombak yg saling tidak putus2..kekuatan untuk memberi ketenanga pada jiwa amatlah sesuai sekali dgn manusia...SubhanaAllah..sesungguhnya setiap kejadian Allah tiada yg sia2...

MASJID :

Selain daripada tempat ibadat,masjid juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk kita merehatkan minda...rehat yg dimaksudkan sini adalah beriktikad di dalam masjid ataupun surau dan melepaskan segala perkara2 yg merungsingkan diri...Mmg benar.,ketenangan berada di masjid juga dapat membantu kita untuk merehatkan jiwa..dengan keadaannya tenang dan damai...sesuai bagi kita untuk mendapatkan apa yang kita perlukan..erm...sesuai dengan peranan masjid sbg pusat keislaman..tp hakikatnya sekrng masjid disalah gunakan oleh sesetengah pihak bagi melaksanakan aktiviti yg kurang manfaat..antara salah satunya adalah menjadikan masjid sbg tempat 'lepak'...kalau zaman atuk nenek kita..remaja2nya lepak di masjid kebaykkan mereka mempunyai pengisian yang bagus..seperti Usrah dan sbg...dalam konteks skrng.para remaja tanpa segan silu menjadikan masjid sbg tempat untuk bertemu rakan2 dan hanya banyak membuangkan masa..

Tanah Perkuburan :

erm..hakikat yang terjadi pada manusia adalah sering menganggap tempat sebegini adalah menakutkan..bermacam perkara yg difikirkan jika mendengar sahaja 'tanah perkuburan'..huhu.pelik2..tidak terlepas dengan saya yg dulunya menganggap tanah perkuburan ini sungguh menakutkan...tetapi sebenarnya tempat sebegini adlah sebaik2 tempat yg menenangkan...kerana ia mengingatkan kita kepada keMATIan yg bila2 sahaja boleh datang menjemput kita...SubhanaAllah...sebab sebaik2 pengajaran adalah mengingati MATI...ntah bagaimana pada suatu hari,di izin Allah,,sy bertandang ke tempat ini kerana ada kematian di sebelah keluarga nenek saya..dengan nama Allah....tak dapat di gambarkan bagaimana saya mendapat ketenangan yg saya sendiri merasakan ianya betul dapat membuat hati ini tenang..walau bagaimanapun,dimana2 tempat pun sesuai jikalau kita betul2 menghayati dan menikmati keindahan ciptaanNya..kerana di sebalik kejadian tuhan itu terdapat suatu rahsia dimana yg hanya benar2 'mencarinya' dapat merasakan..

p/s : sekadar selingan kehidupan dan pengajaran serta tauladan..(^__^)