kalam pembuka bicara

Monday, August 2, 2010

Perlaksanaan Misi

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah...hari ni bermula lah perlaksanaan misi untuk membuat persediaan dalam mentafsir surah Al-ma'uun..,InsyaAllah kalau mengikut apa yg dirancangkan...minggu ni kene bentangkan di depan Ustaz Haizuran...mengambil iktibar dari kumpulan yg pertama membuat pembentangan...dalam mentafsir surah ini,kami lebih terperinci mencari maklumat2 yg perlu dikumpulkan sebelum 'diserang' Ustaz Haizuran...hehe,dari asbabul nuzul sehinggalah pengajaran dan iktibar dari surah itu kami perlu lebih teliti agar tidak tertinggal satu point penting pn pabila dibentangkan nnt...(kumpulan yg awal2 buat pembentangan dah kene sound dah)..papepn doakan yg terbaik buat kami pada hari jumaat ni..(barokah pada hari jumaat...insyaAllah)


SURAH AL MAUN



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah engkau orang2 yang mendustakan agamanya

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Iaitu mereka yang berlaku zalim dan kejam terhadap anak2 yatim


وَلاَ يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan mereka yang juga menghalang orang memberi makanan kepada orang2 miskin

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
Neraka Wil untuk orang2 yang sembahyang

الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ
Iaitu orang2 yang lalai dari dari solatnya

الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaan nya

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
Dan juga mereka yang enggan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan ( enggan membayar zakat )



Berdasarkan surah di atas dapatlah kita simpulkan bahawa:

Orang yang mendustakan agama ialah:

1. orang yang menzalimi anak yatim

2. tidak mahu memberi bantuan/ makanan kepada orang2 miskin

Orang yang mendapat kecelakaan:

1. Orang yang suka melambat2kan / melenggahkan solat

2. Mereka yang lalai dalam solat akan dicampakkan ke dalam Neraka Wil

3. Orang yang riyak/ menunjuk2 dalam amalan dan ibadat

4. Orang yg enggan memberi pertolongan kpd oranglain yg memerlukannya

5. Orang yang enggan membayar zakat



0 comments:

Post a Comment