kalam pembuka bicara

Sunday, August 15, 2010

Bacaan Surah Al-mulk-Mishary Rashid alafasy...SubhanaAllah

Akhirnya..

Alhamdulillah..setelah sekian lama ana cuba memahami mcm mane nk letak url di html code ni..
barulah ana faham dan mengerti bagaimana nk buat(berkat bulan ramadhan..huhu)...selama ni buat asyid ERROR je kan..erm...so far..insyaAllah....pas ni boleh dah edit code html blog ni..hehe..Ashkuruka Ya Rabbi..!

Friday, August 13, 2010

kelebihan malam ramadhan..Allah Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali

Monday, August 9, 2010

Titian Kasih ke HTAA

assalamualaikum wbt,alhamdulillah,baru-baru ini Persatuan Dakwah dan Pengurusan (PEDAP) telah mengadakan siri lawatannya yg pertama bagi pelajar-pelajar tahun 1 dengan di ketuai oleh saudara Hadi sendiri.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara pesakit-pesakit disana.Lawatan ini juga di sertai oleh dakwah kumpulan 1 dan 2.Kami juga ada menyampaikan sedikit sumbangan yang disediakan dan ditaja oleh bekas kakitangan hospital itu sendiri..

Disini disertakan gambar-gambar yang sempat kami rakam :

1-inilah barisan pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ke HTAA

2-sempat lg bergambar kenangan di kolam hospital

3-bergambar lagi..

4-Bersama salah seorang pesakit di HTAA

5-Kenangan bersama pesakit (gembira makcik tu..huhu)

6-Sesi muhasabah diri di tepi sungai kuantan

7-Akram sedang menceritakan pengalaman beliau

8-Mendengar dan menyelami perasaan..

Demikianlah tadi urutan peristiwa-peristiwa semasa program dijalankan..insyaAllah,jika berkesempatan dan dengan keizinanNya..kami akan datang lagi melawat pesakit-pesakit di HTAA...apa yang meninggalkan kesan pada kami adalah perasaan sedih dan hiba melihat wajah-wajah setiap pesakit semasa kami datang..ada yang ceria dan ada yang hiba..tidak lupa juga ada yang tidak putus-putus memberikan senyuman..kami sentiasa mendoakan agar mereka di HTAA sembuh seperti sedia kala..amiin..

p/s : Just forward from my Da'ie blog

Saturday, August 7, 2010

Program ziarah ke HTAA-kuantan, pahang

assalamualaikum,...

alhamdulillah..pada pagi sabtu ini,Persatuan Dakwah Pengurusan(PEDAP) akan mengadakan siri lawatannya ke hospital tunku ampuan afzan di kuantan..ni yg tak sabar nk pg..huhu...matlamatnya adalah untuk melawat pesakit2 yg berada disana...disana nnt kami akan menyampaikan sumbangan sempena ramadhan yg menjelang tiba...huhu..erm..ni semua hasil usaha dari pengerusi PEDAP iaitu saudara Hadi..insyaAllah..kami akan bertolak kesana pada awal pagi lg sekitar jam 8.30 am...tujuan program ni diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim antara insan samada yg islam dan bukan islam..ini sedikit sebanyak dapat kami menyelami perasaan mereka ttg kehidupan yg mereka lalui...erm..ana kalau bab2 ni ana minat sgt..program2 khidmat masyarakat ni mmg sesuai disertai bg golongan mereka2 yg gemarkan aktiviti kebajikan,..erm..itu je lah yg nak di ceritakan..insyaAllah.,ana akan smbng blk dan cerita keadaan di sana nnt..

Monday, August 2, 2010

Perlaksanaan Misi

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah...hari ni bermula lah perlaksanaan misi untuk membuat persediaan dalam mentafsir surah Al-ma'uun..,InsyaAllah kalau mengikut apa yg dirancangkan...minggu ni kene bentangkan di depan Ustaz Haizuran...mengambil iktibar dari kumpulan yg pertama membuat pembentangan...dalam mentafsir surah ini,kami lebih terperinci mencari maklumat2 yg perlu dikumpulkan sebelum 'diserang' Ustaz Haizuran...hehe,dari asbabul nuzul sehinggalah pengajaran dan iktibar dari surah itu kami perlu lebih teliti agar tidak tertinggal satu point penting pn pabila dibentangkan nnt...(kumpulan yg awal2 buat pembentangan dah kene sound dah)..papepn doakan yg terbaik buat kami pada hari jumaat ni..(barokah pada hari jumaat...insyaAllah)


SURAH AL MAUN



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah engkau orang2 yang mendustakan agamanya

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Iaitu mereka yang berlaku zalim dan kejam terhadap anak2 yatim


وَلاَ يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan mereka yang juga menghalang orang memberi makanan kepada orang2 miskin

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
Neraka Wil untuk orang2 yang sembahyang

الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ
Iaitu orang2 yang lalai dari dari solatnya

الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaan nya

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ
Dan juga mereka yang enggan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan ( enggan membayar zakat )



Berdasarkan surah di atas dapatlah kita simpulkan bahawa:

Orang yang mendustakan agama ialah:

1. orang yang menzalimi anak yatim

2. tidak mahu memberi bantuan/ makanan kepada orang2 miskin

Orang yang mendapat kecelakaan:

1. Orang yang suka melambat2kan / melenggahkan solat

2. Mereka yang lalai dalam solat akan dicampakkan ke dalam Neraka Wil

3. Orang yang riyak/ menunjuk2 dalam amalan dan ibadat

4. Orang yg enggan memberi pertolongan kpd oranglain yg memerlukannya

5. Orang yang enggan membayar zakat



Sunday, August 1, 2010

Group Nasyid -SRA Sg.Tua


Assalamualaikum..di sini ana nak share dengan sahabat2 semua..xde pape pn..juz video pertandingan nasyid dari sekolah rendah agama sg.tua...huhu..papepn credit to tenaga pengajar buat kumpulan ini..teruskan usaha berlatih bersungguh2