kalam pembuka bicara

Sunday, October 25, 2009

Wuduk pembersih zahir batin


SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.

Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik.
Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.

Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik.

Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga. Kenapa?

Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty).

Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat.

Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih cemerlang kerana kesan daripada air wuduk.” Ini satu jaminan kecantikan yang abadi.

‘Inner beauty’ yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk.

Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan.

Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu.

Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja. Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya.

Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan.

Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan.

Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat. Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor.

Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan.

Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan. Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya.

Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan.

Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.

sumber-dwanz

Monday, October 19, 2009

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Hawa,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang kepinginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku.Namun begitu Hawa kasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras dari kerak nasi....

Hawa, kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan. . namun hanya buat seketika, sebelum kau bosan dengan diriku.Hawa yang kusayangi, aku kau salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan.Aku disalahkan, tidak menghulurkan tangan.Aku dipersalah, tidak mendidikmu.. ..Namun tidakkah kau terpikir wahai hawa,bagaimana buntu kami kerna ingin mendidikmu?

Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi,lalu kau merajuk menjauhkan diri....
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu. ...
Lalu kau meninggikan suara terhadapku.. .Kasarku terhadapmu, kau anggap penganiaan kaum wanita,Lalu kau masukkan ke dalam surat khabar.....Ku tegur dengan penuh lemah lembut,kau tak dengar, kau buat main-main... Aku merajuk, kau cakap, "mengada-ngada, buat tu salah, buat ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg"

Wahai Hawa yang kuhargai....
Bagaimana lagi harus kami lakukan?Bila kami berbuat baik, langsung tidak terlihat
pada matamu,Pabila kami berbuat jahat, cepat saja dikau copy and paste....
Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya, mahukah kamu mengikuti kami?Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami? Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?

Hawa yang kuhormati...
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu. .. dengan keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap berilmu.

Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat,namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami,Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami.Tidakkah kau terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa...

Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi... .
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu. .. tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai....

Coretan di bulan syawal...part one



Assalamualaikum pd semua..alhamdulillah akhirnya sy berkesempatan jg menulis di blog ini..,
Apa yg sy ingin ceritakan adalah tentang aktiviti2 sy sepanjang di bulan syawal ini…syukur kpd tuhan, setelah selesai sudah kt menjalani ibadah puasa selama sebulan…tibalah syawal untuk kt raikan…persiapan sy menyambut syawal pd tahun ini biase2 saje…sekadar menambah koleksi baju melayu sepasang setelah baju melayu yg lame telah berkhidmat selama 3 tahun..

Raya tahun same sahaja dgn raye2 yg sebelum ini…tiada perbezaan pn bg sy..hehe..sebenarnya
Sy ni x suke nk bergaye sgt bl time raye..kalu bole pagi raye tu nk je pakai baju melayu dan kain pelekat g semayang raya..huhu,,tp setelah mendengar ibu sy membebel..terpakse la pkai baju melayu sepasang beserta sampin,bkn ape,,bl mengenang insan2 yg kurang bernasib baik,mcm mane lah keadaan mereka bl menyambut syawal,jd elok lah sy beserderhana sahaja…raye tahun ni seperti biase ibu sy menerima tempahan membuat rendang oleh sanak saudara sebanyak 50kg..byk tu...huhu..dan yg akan wajib terlibat mestilah anak kedua daripada Lima org adik beradik iaitu saya..

Seperti biase tugas wajib sy adalah pergi kepasar bersama dgn ibu dan ayah sy(angkat daging dekat 50 kg)..bayangkanlah..huhu..persediaan ini dibuat dua hari sebelum raya..ini kerana kami akan pulangkan kekampung yg terletak di maran Pahang pd keesokan harinya…kami mula memasak pd pukul 10 mlm setelah selesai solat terawikh..setelah jenuh mengacau kawah yg sebesar kawah..akhirnya rendang pn siap pd pukul 4 pg..memang letih ini kerana mula2 memang la adik2 sy yg lain membantu..itu pn smp pkl 1 saje..yg menghabiskn hingga keakhir adlah sy dan kakak sy..huhu..dgn letih kerana seharian tidak tidur..tambahan pula dgn kerja2 ni..hanya allah je tahu..huhu..tp itu semua sy tolak tepi..yg penting rendang siap pd masenye ini kerna kalau mengikut jadual ibu sy..rendang ini akan diagihkan pd paginya..




Sehari sebelum raya..,,seperti biase kami sekeluarga mula mengemaskan baju yg hendak dibawa..telah menjadi rutin kami bahawa akan pulang ke kampung sehari awal..kirenye dptlah berpuasa sehari sebelum raya dikampung tercinta…sy dan sekeluarga bertolak pd malamnya..
Dan bermulalah perjalanan kami sekeluarga bersama pak su sy pd pukul 12.30 pg waktu di india..haha..menuju ke destinasi secara berkonvoi 2 kereta..perjalanan ini sepatutnya mengambil masa selama 2jam tp disebabkan keadaan trafik yg amat teruk…ia menjadi tiga kali ganda lamanya..aduh.,bermula dt tol Gombak hingga ke bentong sahaja memakan masa lebih kurang 4 jam lbh…keadaan trafik pn amat lah perlahan kalau nk dibuat perbandingan antara pergerakan kereta dgn kura-kura…mmg juaralah kura-kura tu..huhu..



nk dijadikan cerite..akhirnya kami bersahur di petronas bentong sahaja,…kerana waktu kami smp disitu jam sudah menunjukan pukul 5.10 pg..so kalu teruskan jg niat untuk bersahur dikampung mmg x sempatlah kerana baki perjalanan kami masih ada lbh kurang 2jam kalu keadaan trafik x teruk..erm..ingatkan bolelah bersahur yg berat2 sket,,setibanya kami di petronas bentong…keadaannya amatlah mengejutkan kami ini kerana ramai org yg berhenti disitu…dlm fikiran kami..bersahur dgn roti pn xpelah kalu tgk keadaan org yg beratur dikaunter…jd pergilah kakak dan adik sy membeli bekalan sahur untuk kami..setelah hampir 15minit kakak dan adik sy kembali bersama air kotak dan 2 pek biskut..katenye roti2 semua sudah sold out..
Jd berkongsi lah kami 2 keluarga dgn makanan yg ade..kate dlm hati sy..’xpelah janji bersahur’
Ini kerana yg membezakan puasa org islam dgn agama lain adalah dgn bersahur…